Masakan Melayu Kegemaran Anda,
Kini Lebih Mudah Dinikmati.
Daripada restoran Cikta 77 Lauk kepada produk Ready-to-Eat premium. Nikmati hidangan tradisi pada bila-bila masa
Why Choose Cikta 77 Lauk?
77+ Pilihan Masakan Melayu
Resipi Tradisi
Dipercayai Ribuan Pelanggan
Kini Tersedia Ready-to-Eat
Buka Je,
Rasa Macam Mak Masak.
Nikmati masakan tradisi Melayu kegemaran anda hanya dalam beberapa minit. Tiada penyediaan yang rumit. Buka dan terus hidangkan.
Kepakaran Kami

Restoran

Catering

Ready-To-Eat
About Cikta 77 Lauk
Dari Dapur Kami Ke Rumah Anda
Cikta 77 Lauk lahir daripada satu misi yang mudah – membawakan masakan Melayu asli yang mengingatkan kita kepada air tangan ibu dan suasana makan bersama keluarga.
Bertempat di Setapak, Kuala Lumpur, Cikta 77 Lauk terkenal dengan hidangan kampung yang dimasak menggunakan resipi tradisional serta pilihan lebih daripada 77 jenis lauk yang berubah mengikut menu harian. Antara hidangan yang menjadi kegemaran pelanggan ialah Ikan Bakar dengan tiga jenis cicah istimewa, Siput Sedut Masak Lemak, Asam Pedas, Sup Tulang, Kerabu Perut, pelbagai pilihan ulam-ulaman segar, serta Sambal Tempoyak yang menjadi pelengkap hidangan.
Sokongan dan permintaan daripada pelanggan dari seluruh Malaysia telah memberi inspirasi kepada kami untuk melangkah lebih jauh. Ramai yang ingin menikmati masakan Cikta 77 Lauk, namun tidak berpeluang datang ke restoran kami di Setapak.
Atas sebab itu, lahirlah Cikta Heritage Ready-to-Eat – koleksi masakan tradisi yang dihasilkan menggunakan resipi yang sama seperti di restoran, supaya lebih ramai dapat menikmati rasa autentik Cikta 77 Lauk walau di mana mereka berada.
Setiap produk disediakan dengan teliti bagi mengekalkan rasa, kualiti dan keaslian masakan Melayu. Kini, anda hanya perlu panaskan dan nikmati tanpa perlu menghabiskan masa di dapur.
Buka Je, Rasa Macam Mak Masak.
Daripada dapur Cikta 77 Lauk, kini kami membawa rasa masakan tradisi terus ke rumah anda, kerana kami percaya setiap orang berhak menikmati hidangan yang lazat, walaupun berada jauh dari restoran kami.
Produk Terlaris
-
Siput Sedut Masak Lemak
RM19.90Original price was: RM19.90.RM18.90Current price is: RM18.90. Add to cart
How to Prepare Ready-to-Eat
Hanya 3 langkah.
Simpan
Panaskan
Nikmati
Apa Kata Pelanggan Kami
Testimoni dari pelanggan








